Sebahagian daripada doktor di DoctorOnCall


Dr Sashini Seeni

Perubatan Am

Dr M Ramzdhan

Perubatan Am

Dr Nathaniel Ho

Perubatan Am

Dr Rashid Khan

Perubatan Am

Dr Nurhayati

Perubatan Am

Dr Sri Viknarajan

Perubatan Am

Dr Fatahiyah

Perubatan Am

Dr Nur Syuhada

Perubatan Am

Dr Lee Chin Meng

Perubatan Am

Dr Mohamad Kashfi

Perubatan Am

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor bertauliah
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
Privasi Terjamin
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak
Pantas Dan Cekap
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara
*Forum ini terbuka kepada umum. Elakkan daripada berkongsi maklumat sulit anda seperti no telefon dan email kerana ia boleh dilihat oleh orang lain.
Hantar Secara Sulit

Berikan tajuk untuk masalah kesihatan anda
*Tajuk anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Terangkan dengan lanjut masalah kesihatan yang anda alami
*Penerangan anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Sila masukkan alamat emel anda supaya kami dapat menghantar jawapan bagi soalan anda

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Herpes pada alat kelamin

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: September 20, 2020 3:19 AM
Sulit 37 hari

Saya berumur 36 tahun. Sudah menjalani ujain darah. Dan menyatakan saya punya herpes. Alat kelamin gatal. Apakah ubat yang sesuai dan baik untuk saya gunakanm

Dr Sri Viknarajan 37 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi iaitu penyakit herpes dan anda meminta rawatannya.

Herpes berpunca daripada jangkitan herpes simplex virus (HSV) jenis 1 ataupun 2. Bergantung kepada jenis virus, kebiasannya lokasi jangkitan akan berbeza. Sekiranya anda mempunyai herpes jenis 1 kebanyakannya hanya akan mengakibatkan luka atau lepuh di bahagian mulut manakala bagi pesakit herpes jenis 2, bahagian di sekitar atau pada kemaluan akan terlibat. Walaupun begitu, terdapat juga peratusan kecil di mana penghidap herpes jenis 1 mempunyai masalah pada bahagian alat kelamin juga namun ianya jarang berlaku.

Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.

Situasi yang dialami anda sebenarnya bukan sesuatu yang tidak biasa berlaku. Jangkitan virus ini terjadi melalui sentuhan terus kulit, ciuman, perkongsian sudu, pinggan dan garfu serta perkongsian alatan mandi dengan orang yang telah dijangkiti oleh virus ini sebelumnya.

Perkara penting yang anda perlu ketahui adalah virus ini akan berada di dalam tubuh badan anda pada tempoh yang lama. Walaupun luka dan lepuh sudah hilang, ia akan kekal dorman di dalam sel saraf anda dan sekiranya anda jatuh sakit atau demam, ia akan kembali aktif. Anda disarankan menggunakan kondom sewaktu bersama pasangan anda. Namun, ia hanya akan dijangkiti jika anda sedang dalam tempoh aktif jangkitan herpes tersebut. Sesetengah orang akan mempunyai kurang selera makan, lantas berat badan pun akan menurun.

Faktor risiko penyakit kelamin

Seseorang yang melakukan hubungan seksual mempunyai tahap risiko yang tertentu untuk dijangkiti penyakit kelamin. Namun begitu, terdapat faktor-faktor lain yang boleh meningkatkan risiko tersebut seperti:

  • Hubungan seksual tanpa perlindungan sama ada melalui faraj, mulut atau dubur: Risiko pasangan yang tidak dijangkiti mendapatkan penyakit kelamin meningkat jika kondom getah tidak digunakan. Penggunaan kondom yang tidak betul atau tidak konsisten juga boleh meningkatkan risiko anda.
  • Mempunyai lebih daripada satu pasangan seksual : Semakin ramai jumlah hubungan seksual yang dilakukan, semakin besar risiko anda dijangkiti penyakit kelamin.
  • Mempunyai sejarah penyakit kelamin : Seseorang yang mempunyai sejarah penyakit kelamin boleh dijangkiti penyakit kelamin dengan lebih mudah.
  • Penyalahgunaan alkohol atau dadah rekreasi : Penyalahgunaan bahan-bahan ini boleh menjejaskan penghakiman anda dan meningkatkan risiko bagi perlakuan yang berisiko tinggi seperti hubungan seksual tanpa perlindungan.
  • Menyuntik dadah ke dalam vena : Perkongsian jarum dengan seseorang yang dijangkiti penyakit kelamin boleh menyebabkan penyebaran jangkitan-jangkitan yang serius terutamanya virus HIV, hepatitis B dan hepatitis C.

Anda disarankan agar berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan bagi masalah ini. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

missv

Dikemaskini pada: Sun Sep 20 2020 03:19:12 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Penyakit Berjangkit tentang herpes secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!