snipperfiz90
5 tahun
Hidung kadang² keluar darah cair, kerap rasa sakit pada dahi & bawah telinga/umbun2
Saya lelaki baru mencecah 30an baru2 ini dalam 2hari ni saya kerap mengalami hidung keluar darah cair, sakit dahi, sakit umbun,bawah telinga & tegang urat belakang tengkok. Boleh doktor bantu saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Punca hidung berdarah pula boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut:
- sejuk dan alahan
- trauma pada hidung seperti menghembus hidung terlalu kuat
- jangkitan sinus
- ketumbuhan dalam hidung
- penyakit darah yang menyebabkan darah cair
- penggunaan ubat yang menyebabkan darah cair
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.


































