
Sulit
3 tahun
Hidung kerap berdarah dan dada bersa ketat
Pesakit adalah anak perempuan saya berumur 10 tahun, sering kali berdarah hidung secara tidak sengaja. Pada waktu yang sama, dada bersa ketat. Keadaan berlaku dengan tidak semena-semena. Dari darah yg sedikit, semakin lama menjadi semakin banyak. Mohon pencerahan doktor dan apa tindakan yang perlu dibuat.

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anak anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anak perempuan anda menghadapi masalah hidung berdarah dan berasa ketat pada bahagian dada yang berlaku secara tiba-tiba. Saya faham anda khuatir akan keadaan anak anda dan ingin mengetahui tentang tindakan yang perlu dilakukan. Saya akan cuba memberi penerangan sebaik mungkin.
Untuk pengetahuan anda, masalah hidung berdarah boleh disebabkan oleh:
- Kecederaan hidung
- Dehidrasi
- Pengaruh ubat
- Septum abnormality
- Keradangan
- Tumor
- Blood abnotmalities
- Vascular abnormalities
- Migrain
- Hipertensi
Penyakit di atas juga boleh menyebabkan simptom dada yang berasa ketat di mana pendarahan boleh mengakibatkan amaun darah dalam badan berkurang yang menyebabkan jantung dan paru-paru meningkatkan fungsi mereka.
Anak anda disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor agar diagnosis yang tepat dan rawatan awal boleh diberi agar tahap kesihatannya meningkat.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu masalah kesihatan anak anda dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.