
zzaimulemma
4 tahun
Hidung kerap berdarah ketika hamil
Doc,
Sy wanita sedang hamil 7w…
Sejak kebelakangan ini, hidung sy kerap berdarah dan sy perasan didalam lubang hidung sebelah kiri sy telah bengkak dan hampir menutupi ruang didalam lubang hidung sebelah kiri.
Setiap kali bangun tidur juga didalam hidung sy akan terasa sakit dan tahi hidung mengeras berwarna merah dan hijau. Hampir setiap hari. Hidung sy juga selalu rasa seperti tersumbat mungkin kerana bengkak tersebut.
Apakah punca dan rawatan bg masalah sy ini doktor?
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah hidung berdarah ini lazim berlaku. Kebiasaannya keadaan ini tidak terlalu serius. Antara isebabnya adalah.
Terdedah dengan udara yang kering terlalu lama
Cuaca persekitaran panas terik
Menghembus hidung dengan terlalu kuat
Jangkitan bakteria atau virus- menyebabkan keradangan dan pendarahan
Berlaku sebarang trauma kepada bahagian hidung
Ketumbuhan dalam hidung
Bagi mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.