Sulit
3 tahun
Hidung sumbat dan batuk berkahak
Saya berumur 42 tahun, saya mengalami hidung sumbat, batuk berkahak dan kadang-kadang tidak batuk tapi berkahak. Saya selalu merasa tidak selesa di bahagian dada menyebabkan saya selalu menarik nafas dalam dalam. Ia bermula apabila saya berhenti vape.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Akan tetapi. keputusan anda untuk berhenti vape adalah baik.
Untuk makluman pihak anda, apabila seseorang merokok, pergerakan cilia (struktur seperti rambut kecil di saluran pernafasan) adalah perlahan. Setelah berhenti, cilia ini akan mula pulih. Apabila ianya pulih, mereka akan membersihkan lendir dan kahak dari paru-paru anda dengan lebih baik. Hal inilah yang boleh menyebabkan batuk, Kadang-kala ianya boleh memakan masa 1 hingga 9 bulan untuk berkurang. Oleh kerana saluran tekak berhubung dengan hidung, hal ini turut boleh menyebabkan hidung tersumbat.
Namun begitu, pihak kami tidak menolak kemungkinan lain untuk masalah batuk ini seperti:
Jangkitan bakteria atau virus
Penyakit asma
Pneumonia
COPD
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.