
Sulit
5 tahun
Hidung tersumbat ,, batuk
Hi doc , saya wanita berumur 27 tahun , almost tiga minggu saya d jangkiti gejala batuk , and sudah 2 kali ke clinic tapi still tidak recovery, hidung saya juga tersumbat especially bila bangun pagi, saya nak tanya, ada kah d sebab kan lendir dpd hidung saya yg mengalir ke tekak penyebab batuk saya tidak sihat sepenuhnya??? Demam xde cuma batuk n hdung tersumbat ,

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah batuk boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Gejala hidung tersumbat pula boleh disebabkan oleh:
- Allergic rhinitis
- Sinusitis
- Selsema akibat jangkitan virus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.