
Anonymous
6 tahun
Hiv french kiss-tidak seks
Saya tidak melakukan seks…hanya french kiss dan semua pasangan saya bebas hiv…tp perkara ini 4 tahun lalu…jd tidak hiv kan?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, HIV tidak berjangkit melalui ciuman. Namun jika terdapat lukapada mulut anda atau pasangan ia boleh menjangkiti anda. Sekiranya kesemua pasangan anda bebas HIV risiko anda mendapat jangkitan tersebut adalah rendah. Namun bertukar pasangan merupakan tabiat yang meningkatkan risiko jangkitan HIV.
Sekiranya anda ragu-ragu dengan status anda, sila dapatkan ujian HIV yang boleh didapati dengan mudah di klinik-klinik kerajaan mahupun swasta berhampiran anda. Anda juga boleh membeli kit ujian tersebut di farmasi.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.