
Sulit
4 tahun
Hiv low titer melalui elisa test, hiv rapid test negative
Selamat pagi doctor, saya nak tanya berkaitan dengan lab test. Saya dapati hiv rapid test negative tetapi elisa test saya low titer/low reactive. Apa kah maksud tersebut doctor? Adakah sy postive atau tidak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk makluman anda, HIV rapid test hanyalah salah satu kit ujian untuk membuat saringan sama ada seseorang itu positif HIV ataupun tidak. Namun begitu, keputusan yang diberikan oleh rapid test tersebut perlu disiasat lebih lanjut kerana terdapat kemungkinan untuk mendapat keputusan false negatif ataupun false positive ataupun negatif kerana kandungan virus yang terlalu rendah dan tidak dapat dibaca oleh kit tersebut.
Seterusnya doktor akan mengambil darah anda untuk melihat kandungan virus di dalam darah anda untuk menentukan sama ada anda dijangkiti ataupun tidak. Ujian ini efektif untuk mengesan HIV tiga miinggu selepas terdedah kepada virus tersebut.
Untuk menjawab persoalan anda, kami memerlukan lebih banyak maklumat dan kami tidak dapat memberikan kata putus.
Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai keputusan ujian darah anda, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mengetahui status anda dan pencerahan lebih lanjut. Terima kasih.