
Sulit
5 tahun
HIV Positif dan pendedahan
Saya telah ke klinik kesihatan minggu lepas utk jalani ujian sukarela hiv. Result rapid test adalah reactive. 2 minggu lg akan dapat pengesahan. Masalahnya doktor saya dalam keadaan sgt2 stress kerana dah berkahwin dan ada 2 anak. Tapi sy dah tak bersama lagi dgn isteri sejak 10 tahun lps dan tak tinggal bersama satu rumah (belum brcerai). Masalahnya skrg betul ke saya kene bgtau status penyakit sy pada isteri sedangkan kami bermasalah. Saya lebih rela mati lg dari beritahu hal ni pada isteri kerana keadaan akan menjadi lbh teruk jika sy berterus terang. Saya dalam keadaan stres dan msh belum jalani rawatan ubat haart tu. Betul ke Akta tu wujud dan sy kene bgtau status hiv sy pd isteri?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, memang terdapat akta yang mewajibkan anda untuk memberitahu kepada pasangan yang menjalani hubungan seksual bersama anda. Hal ini kerana, ia membolehkan pasangan anda untuk membuat ujian saringan dan pengesahan HIV. Walaupun dijangkiti virus HIV, namun virus ini mampu dikawal dengan berkesan jika anda menjalani rawatan HAART dengan berdisiplin dan anda mampu untuk menjalani kehidupan yang sihat tanpa gejala seperti orang lain. Jika anda tertekan akibat daripada isu atau permasalahan bersama pasangan anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar psikiatri atau pakar kaunseling untuk mendapatkan keterangan dan nasihat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.