
Sulit
4 tahun
HIV Rapid Test Positive
Doktor, saya nak tanya. Saya dan pasangan akan berkahwin tidak lama lagi. Pasangan saya ada buat rapid test hiv baru baru ni dan disahkan reactive. Ujian pengesahan telah dilakukan dan masih menunggu keputusan 2minggu. Jika keputusan pengesahan negative, adakah kami boleh bernikah atau pasangan saya mesti menjalankan ujian darah yg lain terlebih dahulu? Boleh explain x?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kegusaran anda pada masa ini. Berdasarkan kenyataan anda, sekiranya ujian pengesahan adalah negatif, anda boleh berkahwin dan ujian lain juga mungkin akan dilakukan. Perkara ini berdasarkan penilaian yang dibuat oleh doktor yang melihat anda dan pasangan anda. Tetapi anda perlu berbincang dengan doktor juga terlebih dahulu untuk perbincangan mengenai keputusan tersebut dan apakah perkara yang perlu dititikberatkan dalam perancangan keluarga.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dan berbincang dengan doktor untuk penerangan yang lebih jelas.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.