
Sulit
4 tahun
Hubungan berisiko ketika dalam rawatan haart
Apakah yang berlaku jika pesakit hiv yang sedang menjalani rawatan haart melakukan hubungan berisiko dgn pasangan yg hiv positif yg tidak menjalani apa2 rawatan?? Adakah virus load pesakit hiv yg mngambil haart akn kembali tinggi??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang risiko penyakit HIV.
Untuk makluman anda, rawatan HAART adalah untuk:
- Menghalang virus daripada terus merebak dan membiak di dalam badan
- Membantu meningkatkan kembali nilai CD4 dalam badan
- Mengurangkan komplikasi daripada penyakit HIV
- Mengurangkan risiko transmisi HIV kepada orang lain
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Sekiranya anda melakukan hubungan seksual dengan mereka yang berstatus positif dan mereka tidak mengambil rawatan, kemungkinan untuk anda mendapat jangkitan HIV kali kedua akan terjadi. Hal ini bermaksud, nilai CD4 anda mungkin akan berkurangan dan anda sekali lagi boleh mendapat gejala-gejala HIV.
Saya menasihatkan anda untuk mendapatkan pemeriksaan makmal daripada doktor yang merawat anda untuk pengesahan. Sila berhubung dengan Doktor anda untuk konsultasi lanjut.
Bagi mengurangkan risiko mendapat penyakit HIV, anda disarankan untuk melakukan hubungan seksual yang sihat dan selamat seperti:
- Menggunakan kondom
- Tidak bertukar-tukar pasangan
- Mengetahui status penyakit pasangan
- Tidak melakukan aktiviti melibatkan dadah
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (**DoctorOnCall**) secara peribadi. Terima kasih.