Sulit
5 tahun
Hujung kulit alat kelamin sya terkopek kering dan ada luka-luka kecil yg sngat pedih kalau disentuh
Sya lelaki berumur 22 tahun beberapa hari lepas sya merasa sakit d alat kelamin saya dan gatal…sya ingt prkara biasa tapi makin hari kulit hjung kelamin sya terkopek kering dan sngt2 pedih…adakah sya ni trkena pnyakit siflis…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kemaluan kering dan gatal boleh disebabkan:
- Alahan pada sabun atau kain seluar dalam
- Penyakit kulit seperti ekzema/lichen planus/sclerosis
- Jangkitan kelamin seperti sifilis - jika melakukan seks bebas
- Jangkitan kulat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.

































