
Sulit
4 tahun
Ingin mengetahui kegunaan ubat
hai doktor, boleh saya tahu kegunaan ubat glumec D.C methormin 500mg ? bolehke saya membelinya di farmasi sahaja ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, ubat glumet DC merupakan ubat di bawah kumpulan biguanides yang bertujuan untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah bagi pesakit yang menghidapi masalah diabetes atau kencing manis.
Ubat ini termasuk dalam ubat yang memerlukan preskrpsi doktor. Maka anda tidak boleh mendapatkan ubat ini tanpa surat preskripsi dari doktor.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.