
Sulit
4 tahun
Ingus berdarah dan sakit kepala
Saya lelaki yang berumur 19 tahun dan saya di kejutkan dengan apa bila saya mengeluarkan atau menghebus keluar hingus saya,tiba-tiba ia mengeluarkan lendir berwarna seperti ke jingga dan berwarna merah seperti darah.Selain itu,saya ada sakit kepala pada bahagian kiri sahaja dan berlaku ingus/lendir tersebuat hanya di sebelah kiri.Adakah saya mempinyai pendarahan di bahagian kepala?Saya sering mengeluarkan ingus saya apabila tidak selesa.Tregedi ini membuatkan saya khawatir.Dengan itu,harap doktor/pencadangan dapat memberi tahu apakah penyakit yang saya mengalami sekarang?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu hingus berdarah dan sakit kepala. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab hidung berdarah yang disenaraikan iaitu:
- Mengorek hidung dengan ganas
- Keradangan sinus ( Sinusitis )
- Resdung
- Kecederaan pada hidung
- Terhidu bahan-bahan kimia berbahaya
- Mengambil ubat-ubat seperti aspirin, warfarin, dan NSAIDS.
- Terlalu kerap menggunakan semburan hidung
Terdapat beberapa sebab sakit kepala sehingga pedih mata antaranya ialah:
- Stress
- Migrain
- Sakit kepala kluster
- Keradangan sinus ( Sinusitis )
- Kurang tidur
- Jangkitan kuman
Jika kedua-dua simptom ini berkait, ia mungkin boleh disebabkan oleh:
- Resdung
- Selesma
- Jangkitan sinus / Sinusitis
- Dalaman hidung yang kering
- Terlalu kerap menggunakan semburan pada hidung
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.