
Sulit
5 tahun
Isteri saya sakit bahagian faraj selepas hubungan seks
Selepas selesai hubungan seks isteri saya mengalami sakit atau terkoyak bahagian segi tiga faraj, boleh dokter beri cara penyelesaian dan cara untuk mudah boleh cahaya mata.? Sekiam terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, bagi mengetahui rawatan serta penyelesaian yang sesuai, puncanya haruslah diketahui. Masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan - jangkitan kelamin (STI), seperti klamidia, gonorea atau herpes genital
Kekurangan gairah seksual
Vaginismus - keadaan di mana otot di dalam atau di sekitar faraj tertutup rapat, menjadikan seks menyakitkan atau mustahil
Iritasi alat kelamin atau alergi yang disebabkan oleh spermisida, kondom lateks atau produk seperti sabun dan syampu
Selain itu, proses untuk mengandung dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Secara amnya, anda boleh cuba melakukan hubugan seks ketika isteri anda sedang ovulasi. Cara untuk mengira waktu subur boleh didapati melalui artikel ini.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.