Sulit
6 tahun
Isteri saye Datang haid lewat 2 hari… haid atau hamil
Doktor… Saye suami kepada isteri saye… Saye nak bertanye
Isteri saye datang haid lewat 2 hari … isteri sy cakap Sakit sangat Senggugut die… tapi dalam pade mase yg same sy tengok perangai isteri sy berubah… Perangai semakin manje sangat sangat dan ade mcm Budak budak sedikit… sy perlukan jawapan ? terima kasih doc 
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat selama 2 hari boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sebolehnya, jika anda dan isteri ingin menjalankan ujian kehamilan. Isteri anda disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu lewat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

























