
Sulit
4 tahun
Jahitan luka bersalin czer….tidak bernanah dan tidak sakit
Hye doc, sy nak tanya, sy dah sebulan bersalin…luka dh kering, cuma ada satu part kt jahitan tu dia mcm ada colour putih, nk kata daging/kulit mcm bukan…tapi takde bernanah atau berair…dan tak sakit. Sy risau jgk sbb dh sebulan dia x elok…pergi klinik nurse suruh lap2 dgn air suam,but still… Tq doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, normalnya luka jahitan bersalin akan sembuh dalam tempoh dua hingga empat minggu tetapi ia bergantung kepada setiap individu. Sekiranya anda mengalami kesakitan pada kawasan luka tersebut sehingga kini, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca sebenar. Pemeriksaan yang teliti adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Segera berjumpa dengan doktor jika anda lihat sebarang tanda-tanda bahaya atau jangkitan seperti luka berbau, atau anda menghadapi masalah apabila hendak membuang air.
Anda masih mempunyai keraguan? Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Layari kehidupan yang indah selepas bersalin.