Sulit
6 tahun
Jangkitan Herpes melalui sex
Selepas melakukan hubungan sex, 3 bulan kemudian saya diberitahu oleh pasangan dia mempunyai jangkitan herpes dan sedang dlm rawatan. Bagaimanapun saya telah jangkitkan penyakit ini kpd isteri sy.
Simptom ini tiada pada saya. Saya telah melakukan pemeriksaan darah dan dapati sedikit penurunan imun dan telah diberikan suntikan boost imun. Bagaimanapun isteri saya alami simptom yg agak teruk. Bahagian keliling alat sulit selalu ada bintik merah yang gatal. Terutama sekali selepas kami lakukan hubungan sex.
Apakah saranan doktor untuk atasi masalah ini. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kedua-dua anda dan isteri perlu ke klinik untuk mendapatkan ujian bagi memastikan jangkitan yang dihadapi adalah herpes atau jangkitan lain. Anda juga perlu menjalani ujian ini walaupun tiada simptom. Selepas ujian dijalankan, doktor akan mengesahkan jangkitan atau masalah uang dihadapi dan memberikan ubat yang sesuai untuk anda dan isteri. Anda boleh mengunjungi klinik kesihatan kerajaan mahupun swasta yang terdekat bagi mendapatkan ujian ini dan rawatan selanjutnya.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.


































