
cherheyheyy
5 tahun
Jangkitan Hiv anatara lelaki sesama lelaki
Saya lelaki berumur 24. Saya telah melalukan sek dengan sesama jantina lelaki tanpa condom. Dalam hubungan seks tersebut, hanya saya sahaja yang memasukkan alat kemaluan saya ke dalam dubur lelaki tersebut. Dubur saya tidak terusik langsung. Jadi, jika partner lelaki saya mempunyai hiv, adakah saya jugak akan terkena hiv walaupun air mani saya sahaja yang mengalir dalam dubur dia?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, HIV boleh berjangkit melalui darah, air mani, cecair pra-mani (pre-cum), cairan rektum, cairan vagina, dan susu ibu dari pesakit yang mengalami jangkitan tersebut. Untuk jangkitan ini merebak kepada orang lain cecair tersebut haruslah mendapat akses ke dalam saluran darah. Maka risiko untuk anda mendapat jangkitan HIV ini masih ada sekiranya cecair rektum orang tersebut dapat masuk ke dalam saluran darah, mungkin dari luka kecil yang tidak nampak.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya pasangan anda tersebut disahkan HIV positif anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.