Anonymous
4 tahun
Jangkitan HIV kepada org dewasa melalui susu ibu yg mengandungi virus hiv
Pada 80 Hari yg lepas Saya telah terhisap susu seorang wanita massage di hotel tetapi Saya segera meludah susu tersebut keluar dari mulut. Saya tidak pasti samada Ada baki susu yg masuk ke dalam perut Saya. Saya juga memasukkan bhg jari ke dalam faraj wanita tersebut dlm tempoh yg agak lama tetapi di bahagian klitoris shj.
Saya telah menjlnkan ujian darah di makmal;
- ECLIa HIV 1/2 ag ab - 52 Hari slps (nonreactive)
- ECLIa HIV 1/2 ag ab - 61 Hari slps (nonreactive)
- Cmia HIV ag ab - 70 Hari slps (nonreactive)
- Cmia HIV ag ab - 78 Hari slps ( nonreactive)
Soalan Saya
a. Adakah aktiviti saya berisiko utk dijangkiti
b. Adakah ujian darah Saya yg menggunakan 4th gen.combo test ini conclusif (CDC mengatakan combo test conclusif slps 1 bulan)
c. Adakah Saya bebas dari jangkitan setelah 4 Kali ujian Saya nonreaktive.
d. Adakah saya boleh meneruskan hubungan seks dgn isteri Saya.
e. Saya telah melakukan carian di internet dn kebanyakan mengatakan aktiviti ini no risk Dan low risk sbb tiada kes jngkitan yg direkod melalui Cara ini.
Terimakasih doktor…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Satu-satunya cara untuk HIV merebak adalah melalui cecair tertentu dari badan, di mana berlakunya pertukaran cecair badan daripada individu yang dijangkiti HIV sahaja. Tanpa mengira tahap jangkitan, risiko ia merebak tetap wujud. Cecair badan itu meliputi darah, air mani, cecair rektum, cecair faraj dan susu badan. Kerap kali, HIV menjangkiti secara seksual.
Apabila seorang melakukan hubungan seksual tidak selamat atau dengan pasangan yang HIV positif, cecair dua individu akan bercampur dan virus boleh merebak, terutama apabila terdapat koyakan dalam tisu faraj atau dubur, luka atau jangkitan seksual lain.
Mengikut keterangan anda, anda telah melakukan ujian darah selama 4 kali, keputusannya adalah negatif. Oleh itu, risiko untuk anda menghidap HIV adalah sangat rendah. Anda boleh meneruskan hubungan dengan isteri anda. Sekiranya anda masih risau, anda boleh merujuk kepada dermatologist dimana mereka lebih arif dengan penyakit HIV untuk membuat ujian yang lebih tepat.
Untuk maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.