
ypuspasari17
2 tahun
Jantung berdebar, susah nafas
Saya wanita 23 tahum, berat 50kg dgn tinggi 153cm. Saya sering mengalami kesukaran bernafas, nafas pendek, ketika sy dalam keadaan rehat. Pada masa yang sama, jantung saya juga berdebar laju. Kebiasaan berlaku pada waktu malam, sehingga saya pilih untuk tak tidur sebab takut sesuatu buruk jadi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Dari penerangan di atas, kami memahami masalah yang anda hadapi. Saya dapati anda mengalami masalah sukar bernafas, jantung berdebar walaupun dalam keadaan berehat. Hal ini membuatkan anda sukar untuk tidur.
Sebelum keputusan dapat dibuat, banyak lagi maklumat lain yang harus kami perolehi. Namun begitu, secara am, masalah anda boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
Anemia - kurang darah merah
Penyakit asma
COPD: Masalah paru-paru sempit
Alahan
Penyakit jantung koronari
Masalah psiakitri
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.