
Sulit
4 tahun
Jantung laju pada waktu malam dan susah untuk bernafas
Saya gadis berusia 21 tahun. Kebelakangan ini hampir setiap malam jantung saya berdegup laju dan susah untuk bernafas. Ini biasanya disebabkan apa ye?
Saya seorang yang jarang bersenam, makan agak berlebihan tetapi BMI saya baik dan saya pernah mengalami kurang darah sewaktu berusia 15 tahun. Adakah ini punca jantung saya berdegup laju hampir setiap malam? terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sesak nafas boleh terjadi disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi