
Sulit
5 tahun
Kadar bacaan gula dalam darah
Tadi saya baru lepas makan dokter … Lepas tuuu saya buat kejr rumah tiba2 kaki saya terpijak paku . lepas tu saya sengaja ambil alat bacaan gula dalam darah kepunyaan mak saya untukk mencuba … Kemudian bacaan nya 6.8 doktor … Adakah ituuu diabites

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Untuk makluman anda, bacaan gula dalam darah selepas makan sememangnya akan tinggi. Untuk menentukan jika seseorang itu menhidapi penyakit kencing manis, doktor perlu menganalisa simptom, bacaan gula sebelum dan selepas minum air gula atau kadar HBA1C dalam darah yang menunjukkan bacaan gula dalam darah untuk 3 bulan sebelum ujian tersebut.
Untuk mengetahui jika anda mempunyai penyakit kencing manis, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.