Sulit
3 tahun
Kahak tanpa batuk,demam dan selsema
Saya mempunyai masalah kahak berlebihan…3minggu lepas sy selsema dan batuk selama 2hari selepas ambil ubat di klinik…tapi kahak saya tak habis2 sampai skrg…setiap masa sy akan buang…tiap malam hidung tersumbat…flu,batuk dan demam tak ada…sy tak merokok…pesekitaran rumah sentiasa sy bersihkan…ubat sakit tekak dan ubat kumur sy dah consume…bantu sy doc?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- radang sinus
- alahan rhinitis (allergic rhinitis)
- radang tonsil
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.