
Anonymous
5 tahun
Kayap di belakang pinggang
Mak saya mengalami kayap di bahagian pinggang di belakangnya. Brp lama penyakit ini blh terjadi? Apa treatment yg sesuai utk penyakit ini sebab doktor cuma bagi painkiller sja. Adakah sgt bahaya kpd mak sy dan org lain?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Penyakit kayap merupakan suatu jangkitan virus yang mengakibatkan ruam yang sakit. Walaupun kayap boleh berlaku di mana-mana bahagian badan, pada kebiasaannya ia akan timbul sebagai ruam yang melilit pada bahagian kiri atau kanan tubuh.Seseorang yang menghidap penyakit kayap boleh menjangkiti orang yang tidak pernah menghidap penyakit cacar dengan virus ‘varicella zoster’. Virus ini mudah disebarkan melalui cecair pada ruam kayap. Pesakit kayap dinasihati supaya menjauhkan diri dari golongan yang belum menghidap penyakit cacar terutamanya bayi dan wanita yang mengandung.
Untuk mendapatkan rawatan yang paling bersesuaian untuk anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami melalui atas talian secara peribadi. Terima kasih.