
Sulit
3 tahun
Kebas, dada rasa tak selesa, tegang tengkuk, lenguh2 bahu
Salam sejahterahtera,
Saya 24 tahun, wanita. 17 april haritu, saya rasa kebas-kebas satu badan seharian. Dada kiri juga selalu rasa takselesa. Keesokkan harinya saya ke klinik kerajaan. Dan dr bagi ubat gastrik (magnesium trisilicate), vit b, calcium carbonate, paracetamol untuk sebulan. Tapi kebas-kebas kaki dan kepala masih ada dan makin teruk.
Jadi saya 14 may saya ke klinik swasta untuk ambil ubat untuk sakit yg sama. Dr bagi ubat untuk lancarkan darah lebih kurang mcm tu (saya tak ingt nama ubat dan di plastik ubat tak ada jenis ubat) yang pasti ada dua jenis ubat saiz yg sama tetapi satu warna kuning, satu warna pink, dan painkiller (aroxicam 15).
Lepas saya makan ubat, keadaan kebas-kebas makin berkurang dan okay. Tapi keesokkannya, dalam 3/4 petang mcm tu kepala saya mula rasa pening berdenyut. Makin hari makin sakit terutama ketika nak baring/duduk/bangun. 17 may saya mula rasa kebas-kebas balik. Dan badan mula rasa panas/demam. Kadang saya loya dan taklalu makan. Saya ingat mungkin cuma kesan ubat yg saya makan. Jadi saya cuma makan ubag ‘Hurix’ untuk demam. Tapi 19 May, selain rasa kebas, saya mula rasa lenguh-lenguh dan kejang kaki dari petang sampai keesokkan harinya. Malam tu dlm 10.15pm mcm tu saya rasa takselesa di dada dan rasa macam ada sesuatu lalu di dada.
20 may, saya rasa tegang leher bahagian kiri. Saya pergi klinik untuk rujuk dgn dr berkaitan sakit kepala, kejang2, tapi disebabkan suhu tinggi (38.x) dr cuma bagi demam, antibiotik, aroxicam 15, dan dua jenis ubat (taksilap saya untuk hilangkan lenguh2 badan). Dr ada kata kalau taksembuh saya kena swab test incase ada jangkitan covid19.
Tapi selepas saya habiskan ubat, rasa makin okay cuma dada (randomly, kadang kiri/kanan/bahagian tengah), mostly bahagian kiri dada saya rasa takselesa. Rasa kebas di bahagian kepala (bahagian bawah kepala terutamanya) mula terasa balik cuma tak sekerap sebelum ni. Bahagian leher saya kadang-kadang masih rasa takselesa/tegang. Urat di bahagian kanan dan kiri leher (bahagian depan) nampak berdenyut-denyut. Dada kiri juga nampak berdenyut-denyut walaupun saya hanya duduk/takbuat aktiviti yang lasak. Adakah urat di leher dan dada nampak berdenyut/bergerak normal? Saya cuma risau rasa tak selesa di bahagian dada cuma kesan gastrik (saya tak ada gastrik) /stres/ atau ada sebab-sebab lain?
• Saya juga pernah rasa kebas-kebas bahagian lengan, bahu, muka sebelah kiri (separuh bahagian kiri). Ini terjadi sewaktu saya makan ubat demam etc. Rasa sakit/takselesa yg saya rasa randomly terjadi. Saya tak pasti sama ada terjadi disebabkan kesan ubat-ubat yg saya makan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Untuk makluman anda, maklumat yang boleh disampaikan melalui forum ini adalah terhad kerana terdapat pelbagai soalan yang perlu ditanyakan kepada anda dan pemeriksaan yang komprehensif perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca yang anda dihadapi. Justeru kami nasihatkan anda untuk mematuhi panduan yang telah diberikan oleh doktor yang sedang merawat anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kebas pada bahagian badan tertentu. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda hadapi boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Trauma
- Masalah otot dan juga saraf
- Kekurangan vitamin
- Diabetes atau kencing manis
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih