Sulit
4 tahun
Kegatalan di bahagian kulit vagina
Saya wanita baru sahaja mendirikan rumah tangga, saya mengalami masalah gatal di kulit bahagian sulit saya. Mcm2 pencuci saya guna semua tak berhasil. Bagaimana nak mmgatasi masalah ini?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.