Anonymous
6 tahun
Kegatalan di kelamin
Hye, saya berumur 28. Minggu lepas saya dan suami ada melakukan seks. Keesokan harinya kami mengalami kegatalan di bahagian kelamin.kami cuba membasuh dengan elok dan elakkan dari memakai yang mengandungi bahan kimia.tapi masih lagi terasa gatal. Adakah ini serius yang boleh mengakibatkan penyakit yang serius? Apakah cara yang terbaik untuk rasa sihat semula sepeti sediakala?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- contact dermatitis (radang kulit)
- jangkitan kulat (candidiasis)
- jangkitan kuman dan bakteria pada kulit
- tindak balas alahan (eczema)
Pada peringkat ini anda disarankan untuk tidak menggaru pada bahagian tersebut bagi mengurangkan risiko untuk kulit luka ataupun jangkitan bakteria (sekiranya ada) bertambah teruk
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi melalui atas talian dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai. Terima kasih.

































