Sulit
2 tahun
Kegatalan miss v yang melampau
Saya berusia 25tahun. Saya mengalami kegatalan kemaluan saya dan mendapati keputihan yang kurang menyenangkan baunya. Ianya menggangu aktiviti seharian saya. Apakah perlu saya lakukan doc?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Jangkitan kulat
- Iritasi kulit
- Eczema
- Psoriasis
- Jangkitan seksual (sexually transmitted disease)
- Kudis buta
- Jangkitan kutu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.