
Sulit
3 tahun
Kegatalan pada bahagian tangan
saya wanita berumur dalam 17 tahun,sejak kebelakangan ini saya sering merasa gatal di bahagian belakang tangan,dan tumbuh bintik berair.saya tidak pasti saya alergi disebabkan habuk ataupun tidak kerana saya baru berpindah dan rumah ini berdebu.Kadang-kadang jari saya akan bengkak yang pedih.saya tiada gejala lain seperti demam atau lain.Namun bintik ini tidak selalu muncul,kadang-kadang gatal di dalam tangan yang teramat,tiada nampak kesan bintik di luar tangan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.
- Demam denggi
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit vasculitis
- Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus (SLE)
- Kanser seperti limfoma dan Kaposi sarcoma
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Terutama sekali untuk masalah kulit, ianya sangat penting untuk doktor melihat sendiri keadaa kulit anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!