
Anonymous
2 tahun
Kegatalan yg amat teruk di kemaluan
Hi doktor. Saya berusian awal 20 an. Dua minggu kebelakangan ini, saya mengalami kegatalan yg amat teruk di bahagian kemaluan sehingga menimbulkan kesan merah di celah kelengkan. Bolehkah saya tahu apa penyebabnya dan bagaiman cara mengatasinya kerana ia menyebabkan saya susah tidur dah menganggu emosi saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai, Selamat sejahtera. Terima kasih untuk soalan anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kegatalan di kemaluan adalah masalah kesihatan yang merimaskan di mana ia boleh menjejaskan wanita dari semasa ke semasa. Biasanya, ia tidak serius dan selalunya disebabkan oleh reaksi kulit terhadap bahan kimia atau alergi
Gatal kemaluan terdapat banyak sebab termasuklah peluh berlebihan atau tindakbalas alergi. Dalam kes lain, ia mungkin disebabkan oleh keadaan kesihatan tertentu. Antara sebabnya ialah:
- Jangkitan kulat
- Gatal-gatal di bahagian vulva (Pruritis)
- Iritasi kulit
- Jangkitan seksual (sexually transmitted infection – STI )
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.