
Anonymous
4 tahun
Keguguran dan darah secara n selepas dnc
Saya berumur 32 tahun mengalami keguguran kali ketiga… yg terbaru saya gugur usia kandungan 12mgu… kemudian doktor dapati janin tidak keluar secara habis… saya diarahkan DnC kali kedua… selepas DnC kali kedua darah sudah berhenti n kering selama sebulan… n melalui period sekali… selepas itu drh masih keluar nonstop secara spotty… saya nak tny adakah masih ada lagi janin or (saya xpasti istilah yg digunakan) masih ada yg tertinggal???

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Terdapat beberapa punca pendarahan anda boleh berlaku, seperti:
- pendarahan disebabkan oleh tisu yang masih berada dalam rahim
- pendarahan disebabkan oleh kitaran haid yang kembali
- gangguan hormon yang tidak stabil
- darah lama yang teroksida
Tetapi anda perlu berjumpa dengan doktor sekiranya masalah pendarahan ini berterusan .
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.