Shakira.nis63
4 tahun
Keguguran darah keluar terus
Patut kah saya pergi jumpa doktor untuk cek…sbb bulan lalu saya keguguran saya tak ada cuci kandungan 3minggu…tolong bagi pendapat dok sekian terimah kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, untuk kepastian bahawa apa yang berlaku adalah keguguran serta kondisi rahim anda buat masa kini, boleh dilakukan pemeriksaan scan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.