Sulit
2 tahun
Keguguran lebih sekali
Doktor, saya berumur 27tahun pada tahun ini. Pernah mengalami keguguran pada umur 26 tahun pada bulan april (kandungan 19weeks) dan keguguran kali kedua pada bulan July (kandungan 14weeks). Kedua dua kandungan saya gugur dengan tanda air ketuban keluar (leaking). Apakah supplement @ ubat yang perlu saya ambik bagi memastikan kejadian ini tidak berulang? Saya dan suami bercadang untuk berehat dari melakukan aktiviti seksual sehingga enam bulan bagi tujuan merehatkan rahim. Apakah yang perlu saya lakukan supaya kandungan saya dapat bertahan sehingga sembilan bulan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman pihak puan, antara langkah penjagaan yang anda perlu ambil perhatian adalah:
- makan makanan yang sihat seperti buahan, sayuran, kekacang, dan susu
- Amalkan makanan tambahan yang kaya dengan karbohidrat, protein dan vitamin
- Jangan ambil ubat tanpa kebenaran doktor
- berhenti merokok sekiranya merokok
- Elak melakukan kerja-kerja berat/ lasak
- Kawal emosi dan elak stress
- Rehat jika sudah penat
Oleh itu, sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Ingin berhenti merokok? Konsult doktor kami secara PERCUMA!
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.