Sulit
6 tahun
Kehamilan dengan kaedah withdrawal
Saya belum bersedia menimbang cahaya mata. Baru2 ni kami melakukan hubungan kelamin tanpa alat perlindungan. Saya menggunakan kaedah pancut luar. Saya yakin 100% semen saya pancut di luar kerana sebelum ejakulasi saya dah tarik keluar penis. Bolehkah isteri saya hamil?
Untuk atasi masalah ini isteri saya mengambil pil nerothisterone supaya period datang awal. Adakah kaedah ini berjaya? Atau perlukah ambil ubat postinor 2 saja?? Terima kasih
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, kaedah “withdrawal” tidak menjamin pasangan anda tidak akan hamil kerana “pre-cum” atau cecair sebelum mencapai klimaks yang juga mengandungi sebilangan kecil semen. Kaedah paling selamat adalah dengan penggunaan kondom atau mengambil pil perancangan keluarga. Terdapat pelbagai jenis kaedah perancangan keluarga.
Pil Postinor 2 ini adalah pil perancang atau kontraseptif kecemasan yang diambil dalam lingkungan masa 72 jam melakukan hubungan seksual. Tablet pertama harus diambil tidak lewat daripada 72 jam selepas bersetubuh. Ambil tablet kedua sebaik 12 jam selepas tablet pertama. Namun begitu, pil Postinor bukan untuk diambil setiap hari sebagaimana jenis OCP 28 hari.
Disebabkan kesan sampingan yang terdapat dalam pil perancang termasuklah gangguan kitaran haid, emosi dan kehamilan, kami saya cadangkan agar anda mendapatkan rujukan lanjut tentang keperluan untuk anda mengambil ubat ini daripada doktor atau farmasi kami di DoctorOnCallEPharma atau DoctorOnCall. Terima kasih.


































