
Sulit
5 tahun
Kehamilan tinggi atau tidak
Saya dah berkahwin…dan dah melakukan prsetubuhan…adakah tahap kehamilan saya tinggi ataupun tidak? Sebab beberapa minggu ni saya alami morning sickness…cpat letih…kerap sakit kepala…period lewat datang…dah sebulan lebih tak datang period

5 tahun
alam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tekanan emosi atau stress
• Hamil
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Berat badan yang berlebihan atau kurang
• Alat mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga, IUCD atau suntikan hormon
• Ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon serta ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan boleh mengganggu kitaran haid
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Buat masa ini, anda boleh menggunakan kit ujian kehamilan yang boleh didapati di mana-mana farmasi tanpa sebarang preskripsi untuk mendapatkan kepastian.
Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.