Sulit
6 tahun
Keliru hamil atau kanser
sya berumur 36 thn mempunyai 3 ank.ank yg terakhir usia 3tahun.Sudah bebrapa bulan hanya ambil postinor jika berhubungan dengan suami.Sebulan 2kali itu pun kalau suami tak yakin air terkena dalam atau tak.Tiap bulan saya haid 2 kali sebulan.Bulan lepas saya period 6hb seminggu selepas tu sya bersama suami tapi dengan perlindungan(kondom)untuk kali ke2 suami lepas diluar sahaja.Tapi hjg bulan lpas sya tak sedap ati kerana tak dtang haid yg selalunya 2 kali sebulan akan kluar.cek upt negatif sya ambik pelancar haid hbis makan sya cirit birit cek upt positif.dan bila bersama suami terasa zakar suami terlanggar benjolan didalam dan terlalu sakit…Apakah tanda benjolan tersebut.adakah sya hamil atau ada masalh pada rahim
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keputusan ujian kehamilan positif anda boleh bermaksud:
- Kehamilan normal
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Manakala benjolan yang dirassai oleh anda dan suami anda pula boleh disebabkan:
- Ketumbuhan fibroid/polip pada serviks
- Kanser serviks - jika pernah mempunyai ujian positif pap smear
- Kesan sensasi getah kondom
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































