
Sulit
4 tahun
Keluar bercak coklat dah seminggu
saya wanita 20an dan saya sudah seminggu keluar bercak coklat tu lepastu ada masanya waktu buang air keluar darah mcm haid tu dan macam tak lepas tau dia tergantung jadi saya akan tarik. bila dah tarik tu dia tak keluar darah terus macam haid tu dia keluar coklat je. dan coklat tu pun keluar waktu buang air kecil tak pun macam keputihan keluarnya sikit sikit. apa yg perlu saya lakukan ya?

4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi iaitu spotting. Spotting merupakan gejala pendarahan sedikit atau coklat. Ia boleh menjadi normal atau menandakan anda mempunyai masalah kesihatan.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Untuk maklumat anda, spotting boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Pendarahan disebabkan oleh implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Anda masih risau tentang spotting ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih