Sulit

2 tahun

Keluar cairan warna kelabu² yang sentiasa meleleh dari faraj dan pedih²

Sy wanita brumur 26tahun…sy sudah mmpunyai anak…dan ada suami…masalah yg sy hadapi skrg adalah faraj dy sentiasa keluar cecair wrna krlabu atau sperti putih cheese meleleh² dan ada rasa seperti menyucuk² di kemaluan dan pedih²…apakah simptom sakit tersebut…adakah ianya tanda² penyakit kelamin atau jangkitan bakteria? Dan apa perlu sy lakukan…dan ubat apa yg patut sy gunakan untuk hentikan masalah sy ini…

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.

Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah faraj yang sentiasa keluar cecair warna kelabu atau seperti putih cheese yang meleleh, rasa menyucuk di kemaluan dan kepedihan. Anda ingin mengetahui sekiranya situasi ini merupakan tanda untuk penyakit kelamin atau jangkitan bakteria. Saya akan memberikan maklumat yang berkaitan situasi anda sebaik mungkin.

Untuk makluman anda, keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologik dan keputihan patologik.

Keputihan fisiologik ialah normal dan tidak menunjukkan gejala penyakit. Keputihan jenis ini selalunya berlaku semasa wanita mengalami kesuburan dan sebelum kitaran haid. Ciri-ciri keputihan fisiologik ialah:

  • Lendir yang cair dan tidak melekat
  • Berwarna putih atau krim
  • Tiada bau
  • Jumlah yang sedikit
  • Hanya semasa subur dan sebelum haid
  • Tiada kegatalan

Sebaliknya, keputihan patologik selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria atau kulat dan selalunya memerlukan rawatan. Keputihan patologik dicirikan:

  • Lendir yang kental dan melekat
  • Berwarna kuning atau kelabu atau hijau
  • Berbau busuk
  • Jumlah yang banyak
  • Berlaku apabila terdapat jangkitan pada faraj
  • kegatalan
  • Kesakitan

Berikut merupakan beberapa penyakit yang berkait dengan keputihan patologik:

  • Jangkitan kuman atau STI ( sexual transmitted infections ) pada faraj wanita
  • Jangkitan kulat
  • Jangkitan HPV
  • Ketidakseimbangan hormon yang boleh menyebabkan keputihan tebal, dan menyebabkan mudah untuk mendapat jangkitan kulat
  • Keradangan pada vagina, serviks atau rahim
  • Penyakit keradangan pada ruangan pelvis (PID) yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI

Anda disarankan untuk berbincang mengenai situasi ini dengan doktor agar diagnosis yang tepat serta rawatan yang berkesan boleh dilakukan.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami atau doktor pakar sakit puan kami, anda boleh menghubungi mereka secara atas talian. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor

Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

candice-picard-8Y8vW2NfcQE-unsplash%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (10)