alisasofea999
6 tahun
Keluar Coklat dari vagina
saya remaja berumur 18 tahun. saya mempunyai masalah keluar lendiran coklat dari vagina dan hanya sedikit darah haid yg keluar. mengapa yer doktor?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doctor.
Merujuk kepada gejala anda yaitu lendir coklat dan darah haid yang sedikit, perlu dijelaskan lagi apakah yang dimaksudkan dengan darah haid yang sedikit. Sebetulnya, haid berlangsung selama 2 hari sudah boleh dianggap normal. Untuk pengetahuan anda juga, ada beberapa hal yang boleh menyebabkan haid coklat. Antaranya ialah:
- Darah sisa dari kitaran haid yang sebelumnya
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Photo by Kamila Maciejewska


























