
Anonymous
5 tahun
Keluar darah dari dubur
Saya lelaki dalam 20’an saya menghadapi masalah darah dan lendir keluar dari dubur . Perkara ini sudah belanjutan selama beberapa tahun. Saya sudah menghadapi masalah ini hampir 5 tahun. Pada tahun 2018 saya pernah berjumpa doktor kerana buat pertama kalinya keluar darah dalam kuantiti yang banyak (selalunya tak sebanyak itu) dan setelah pemeriksaan dia menyatakan bahawa usus saya luka dan dia hanya memberikan ubat buasir. Tapi pada tahun ini iaitu 2019 saya menyedari yang penyakit ini makin teruk kerana ada darah keluar dari dubur saya setiap hari.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala-gejala yang anda alami boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Buasir
- Divertikulum
- Sembelit
- Inflammatory bowel disease
- Kanser usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Photo by Jue Huang