Sulit
3 tahun
Keluar darah ketika bersama bagai hati ayam
Pagi doctor, maaf saya ada hantar previous question regarding the same matters.
Cuma i rasa i tertinggal info yg mungkin penting pada doctors… Saya mula period seawal 13 tahun. Period saya memang dari dulu sekejap. Dalam 3 atau 4 hari dah kering… Sekarang pulak period setiap bulan ada cuma kadang lambat dan kadang tepat. Bulan ni agak tepat sebab saya berpandukan apps flo (apps panduan wanita mengira tempoh haid dan ovulation) bermula 3 sept sehingga 9 sept. I’ve been using this app since I’ve been diagnosed with hipertiroid, gerd and anxiety started by last year (2018). Fyi, i ada sedikit ketulan kecil pada leher. But i dah discharged dari mopd hospital shah alam sbb drh i normal dan i tak mengambil sebarang ubat tiroid lagi. Previous pernah la.
Back to my question, Pada 15hb sep saya mengadakan seks bersama suami pada malam itu… Pendarahan berakhir pada malam 16 sept tetapi masih ada warna kecoklatan dan kekuningan yg berbau hamis darah. Risau kalau2 bernanah… 

Did you notice what time is this? I cannot sleep… I tinggal seorang… Sewa dengan kawan… Anak i kat kampung… Please help me doc. I know i should check but lambat sangat la… I can’t wait everyday like this…
Please help me…
Gov kan… Thanks,
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 38 hari atau lebih cepat daripada 24 hari. Justeru, sekiranya haid anda tidak teratur, ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































