Sulit
6 tahun
Keluar darah laga walaupun selepas Malam pertama
Saya baru berkahwin.umur 21tahun.dah sebulan berkawin…
Nak tanya Normal ka klau darah keluar lagi selepas mlm pertama?malam pertama tu normal la kan sbb pecah Dara…
Tp saya Dalam sebulan berkawin tu darah masih keluar?? 4-5 kali juga keluar, keluar sikit, tak bnyak… warna darah tu wrna koko gelap gitu…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pendarahan selepas hubungan kelamin boleh disebabkan:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion - luka pada serviks
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































