anym_13
4 tahun
Keluar darah selepas bersama suami selepas haid
Hai doc, saya berusia 29tahun dah 5tahun berkahwin belum mpunyai anak… pernah mengalami ectopic pregnancy dan complete miscarriage sbanyak 3x… semalam saya dah habis period dah kering 2hari, then kami melakukan hubungan suami isteri dgn tempoh agak lama selama 2x dlm masa sehari… selepas itu saya perasan keluar sedikit darah atau air yg sangat cair warna merah… tapi saya tidak mengalami kesakitan kecuali kesan ada koyak sedikit dan rasa pedih semasa buang air kecil… kenapa hal ini boleh terjadi doc? Boleh bg pencerahan
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah pendarahan selepas hubungan seksual boleh disebabkan:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion - luka dalam serviks
- Luka dari vagina melecet
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.