
Sulit
4 tahun
Keluar darah selepas habis nifas
Hi, saya berusia 27 tahun, baru bersalin 28/11/20, darah nifas saya berhenti pada hari ke 60, pada hari ke 63 sy keluar darah banyak seperti dtg haid selama 7 hari…setelah seminggu berhenti haid, ada keluar darah keluar secara sedikit sedikit…saya confuse adakah ini normal atau tidak…dan darah apa yg keluar skrg ni…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu keluarnya darah setelah tempoh nifas. Untuk makluman anda, secara purata pendarahan nifas boleh mengambil masa kira-kira 4-6 minggu. Tempoh ini bergantung kepada tubuh masing-masing.
Berdasarkan keterangan anda, darah yang muncul setelah tempoh nifas, kemungkinan dapat disebabkan oleh darah haid. Hal ini berlaku pada sebilangan wanita walaupun belum benar-benar bersih dari flek yang keluar. Faktor hormon sangat mempengaruhi keadaan dinding rahim, maka anda tidak perlu khawatir dengan kondisi tersebut. Siklus haid pada sebagian wanita dapat segera kembali setelah nifas berakhir. Namun beberapa wanita selepas melahirkan mungkin tidak mengalami haid hingga beberapa bulan. Kedua kondisi tersebut merupakan kondisi yang wajar.
Perkara yang perlu dititikberatkan adalah menjaga kebersihan, khususnya di kawasan bekas jahitan persalinan normal maupun caesar. Basuhlah kawasan faraj dengan air bersih, dan keringkan dengan tuala bersih atau tisu setelah membuang air kecil/besar. Gunakanlah pakaian dalam yang selesa dan tidak terlalu ketat.
Apabila terdapat gejala yang mengganggu, kami sarankan agar anda untuk berjumpa dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Hal ini kerana jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih