Sulit
4 tahun
Keluar darah selepas SI
saya berumur 29 tahun dan telah memakai iucd selama 2 tahun tanpa masalah. saya telah datang haid pada 14/1/2020 sehingga 20/1/2020 yang lalu. setelah melakukan hubungan bersama suami pagi td, ada keluar darah yg byk menitik² semasa saya mandi. semasa hubungan, saya tak rasa sakit. skrg saya rasa perut tak sedap mcm senggugut atau mcm rasa bloated. tlg beri pencerahan. terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, perdarahan setelah berhubungan seks boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- jangkitan
- faraj kering
- faraj luka
- ketumbuhan mulut rahim
- luka mulut rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.