Sulit
2 tahun
Keluar darah seperti haid selepas pembedahan buang tiub fallopian
Saya wanita, 46 tahun. Datang haid pada 12/04/2021 kemudian haid habis pada 17/04/2021, 2hari kemudian saya mula sakit perut bawah kanan., setelah makan antibiotik selama 6 hari keluar cecair berwarna kuning seperti nanah, manakala perut masih sakit dan tidak berkurangan. Saya rujuk ke specialist dan buat ultrasound dan ct scan, dan mendapati tiub fallopian sebelah kanan bengkak dan bernanah dan menjalani pembedahan pada 24/04/2021 buang tiub tersebut. Selepas pembedahan tiada darah keluar. Selepas pulang kerumah pada 26/04/2021 sehingga hari ini masih keluar darah yang berketul2. Saya masih risau walaupun dah dapat result spesimen tiub fallopian tiada unsur2 kanser. Pap smear yang dibuat juga normal, ujian makmal untuk kuman juga jenis yang bukan merbahaya, kerana darah period yang keluar tidak menunjukkan tanda akan berhenti.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda alami. Untuk makluman anda, ketulan darah dan berlebihan yang dialami, ia mungkin disebabkan oleh baki haid yang tertinggal di dalam rahim ketika kitaran haid yang lepas. Tetapi, ia juga boleh disebabkan oleh kondisi lain sama ada serius ataupun tidak. Terdapat pelbagai penyebabnya, namun tidak terhad pada:
- Ketidakseimbangan hormon
- Berat badan berlebihan
- Penyakit pendarahan
- Endometriosis
- Ketumbuhan rahim
Tambahan pula, memandangkan anda baru sahaja menjalai pembedahan, terdapat beberapa kesan sampingan sementara yang biasa berlaku, seperti:
- Sakit atau ketidakselesaan di perut selama beberapa hari selepas operasi anda.
- Pendarahan faraj sehingga 48 jam.
- Berasa lebih letih daripada biasa selama beberapa hari.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami:
- pening
- rasa penat yang terlampau
- kekurangan tenaga -sehingga mengganggu aktiviti harian
- degupan jantung yang laju
- pernafasan yang lebih cepat
- kepucatan
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor dan memberikan aduan ini untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Anda memerlukan khidmat nasihat daripada pakar? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!