
Sulit
3 tahun
Keluar ketulan putih selepas bersama suami
Ketulan tu keluar bersama air mani sahaja… kadang2 ketulan putih itu berbau yang tidak menyenangkan… adakah sbb airmani yang menempel di dinding rahim,. Kalau keluar tak hbis ai akan keluar lg cuma tak bnyak…cuma saat lepas bersama ia berlaku

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, kami faham bahawa anda mengalami masalah keluarnya ketulan putih berbau setelah bersama dengan suami. Jangan bimbang, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, keputihan berbau lazimnya berlaku disebabkan oleh perkara seperti:
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh masalah penyakit kelamin yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor dengan segera, termasuk:
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Oleh itu, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.