
Sulit
4 tahun
Keluar ketulan putih semasa haid
Saya 26thn dah ada anak berusia 1tahun. Saya dah sebulan lebih tak period tp dalam 4 hari lepas ada keluar wrna koko dan harini baru period. Tapi tadi saya senggugut teruk dan tengok ada keluar ketulan putih kecoklat dan dihujung berwarna merah hitam sebesar 3 jari. Saya risau sebelum ni tak pernah terjadi.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu terdapat ketulan putih dan juga masalah senggugut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, ketulan pada kemaluan anda boleh disebabkan:
- Jerawat
- Jangkitan herpes genital
- Jangkitan virus HPV
- Kista (cyst) seperti kista Bartholin
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.