razimanrazierma
6 tahun
Keluar lendir bercampur darah dalam sejam selepas bersetubuh
saya wanita berumur 21 dah berkahwin 5bulan lepas . saya nak penerangan doktor tentang masalah yg saya alami skrg … sebenar nya dlm bulan ne saya dah period tanggal 30/08 , berakhir tanggal 05/09 and lepastuu dalam bulan ni juga tanggal 11/09 saya keluar darah dalam 2-3 hari mcm tu , and then tak sangka juga dlm sejam lepas je bersetubuh dgn suami saya keluar darah . maksud saya dlm sebulan ne saya 3 kali keluar darah . first keluar saya tak heran sebab darah haid … yg kedua n ketiga ne saya nak tahu dari doktor apaa punca nya .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, perdarahan setelah berhubungan seks boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- jangkitan
- faraj kering
- faraj luka
- ketumbuhan mulut rahim
- luka mulut rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































